Monday 18 February 2013

ETIKA SEORANG HACKER

Dlm dunia hacker... ada rank/ tingkatan@ level yang diberikan oleh komuniti hacker kepada seseorang kerana kelayakkannya,bukan kerana umur atau taraf seniornye.
Proses ntuk mendapatkan pengakuan di antara sesama hacker tidak lepas dari etika & aturan dunia hackers underground. Etika ini yang akhirnya akan membezakan antara hacker & cracker, mahupun hacker kelas rendahan seperti Lamer & Script Kiddies. Salah satu etika yang berhasil di formulakan dengan baik ada di buku Hackers: Heroes of the Computer Revolution, yang ditulis oleh Steven Levy pada tahun 1984, ada enam (6) etika yang perlu di fahami dan di mahirkan oleh seorang hacker:

1. Mampu mengakses komputer dengan tidak terbatas dan secara total@menyeluruh.
2. Semua maklumat haruslah FREE.
3. Tidak percaya pada authoriti, ertinya memperluas rangkaian sendiri.
4. Tidak memakai identiti palsu, seperti nama samaran, umur, posisi.
5. Mampu membuat seni keindahan dalam komputer.
6. Komputer dapat mengubah hidup menjadi lebih baik.
7. sesuatu yang di lakukan semata-mata demi kebenaran maklumat yang harus disebar luaskan.
8. Memegang teguh komitmen tidak membela dominasi ekonomi industri perisian tertentu.
9. Hacking adalah senjata majoriti dalam perang melawan pelanggaran had teknologi komputer.
10. Baik Hacking mahupun Phreaking adalah satu-satunya jalan lain untuk menyebarkan maklumat pada massa mengenai sesuatu perkara. Cracker pula tidak memiliki kod etika apa-apa pun.

(tak tahu la kenapa dari 6 boleh jadi 10 nohhh..hahaha..)


Peraturan Hacker

Gambaran umum aturan yang perlu di ikuti oleh seorang hacker iaitu:
hormati pengetahuan & kebebasan informasi.
· Memberitahu sistem administrator akan adanya pelanggaran keselamatan / lubang @vuln di keselamatan yang anda lihat.
· Jangan mengambil keuntungan yang tidak adil dari hack.
· Tidak menerbitkan & mengumpulkan software cetak rompak.
· Tidak pernah mengambil risiko yang bodoh@ Dilarang Bodoh= selalu mengetahui kemampuan sendiri.
· Selalu bersedia untuk secara terbuka / bebas / percuma memberitahu & mengajarkan berbagai maklumati & kaedah yang diperoleh.
· Tidak pernah meng-hack sebuah sistem untuk mencuri wang.
· Tidak pernah memberikan akses kepada seseorang yang akan membuat kerosakan.
· Tidak pernah secara sengaja menghapus & meruoak file di komputer yang dihack.
· Hormati mesin yang digodam, dan memperlakukan ia seperti mesin sendiri. Hacker sejati akan selalu bertindak berlandaskan kod etika dan peraturan sedang cracker tidak mempunyai kod etika ataupun peraturan kerana cracker sifatnya merosakkan.

   Lagi Perbezaan Hacker dan Cracker

 a. Hacker
1.Mempunyai kemampuan menganalisis kelemahan suatu sistem atau laman sesawang. Sebagai contoh : jika seorang hacker cuba untuk menguji laman Yahoo! dipastikan isi laman tersebut tak akan mendatangkan masalah dan mengganggu laman yang lain. Biasanya hacker melaporkan kejadian ini untuk diperbaiki menjadi sempurna.
2.Hacker mempunyai etika serta kreatif dalam merancang suatu program yang berguna bagi sesiapa saja.
3. Seorang Hacker tidak kedekut memberi ilmunya kepada orang-orang yang serius atas nama ilmu pengetahuan dan kebaikan.


b. Cracker
1.membuat suatu program bagi kepentingan dirinya sendiri dan bersifat destruktif atau merosakkan dan menjadikannya suatu keuntungan. Sebagai contoh : Virus, Pencurian Kad Kredit, Kod Warez, Pecerobohan Sistem Bank, Pencurian Password E-mail/Web Server.
2. Boleh berdiri sendiri atau berkelompok dalam bertindak.
3. Mempunyai laman sesawang atau channel dalam IRC yang tersembunyi, hanya orang-orang tertentu yang boleh mengaksesnya.
4. Mempunyai IP yang tidak boleh dikesan.
5. Kes yang paling sering ialah Carding yaitu Pencurian Kad Kredit, kemudian pencerobohan laman sesawang dan mengubah segala isinya menjadi berantakan. Sebagai contoh : Yahoo! pernah mengalami kejadian seperti ini sehingga tidak boleh diakses dalam waktu yang lama, kes clickBCA.com yang paling hangat diperkatakan tahun 2001 yang lalu.

 

Dua Jenis Kegiatan Hacking


1. Social Hacking, yang perlu diketahui : maklumat tentang sistem apa yang dipergunakan oleh server, siapa pemilik server, siapa Admin yang mengelola server, sambungan yang dipergunakan jenis apa & bagaimana server itu tersambung ke internet, mempergunakan sambungan tersebut & maklumat apa saja yang disediakan oleh server tersebut, apakah server tersebut juga tersambung dengan LAN di sebuah organisasi dan informasi lainnya.
2. Technical Hacking, merupakan tindakan teknik untuk melakukan pencerobohan ke dalam sistem, baik dengan alat bantu (tool) atau dengan mempergunakan kemudahan sistem itu sendiri yang dipergunakan untuk menyerang kelemahan (lubang keselamatan) yang terdapat dalam sistem atau service. Inti dari kegiatan ini adalah untuk mendapatkan akses penuh ke dalam sistem dengan cara apapun dan bagaimana pun.

 
Contoh Kes Hacker


1. Pada tahun 1983, pertama kalinya FBI menangkap sekelompok penjenayah komputer The 414s(414 merupakan kod area lokal mereka) yang bertapak di Milwaukee AS. Kumpulan yang kemudian disebut hacker tersebut melakukan pencerobohan 60 buah komputer, dari komputer milik Pusat Kancer Memorial Sloan-Kettering hingga komputer milik makmal Nasional Los Alamos. Salah seorang dari antara hacker tersebut mendapat pembelaan kerana testimonialnya, sedangkan 5 pelaku yang lain mendapatkan hukuman semasa percubaan.


2. Digigumi (Grup Digital) adalah sebuah kelompok yang mengkhususkan diri bergerak dalam bidang game dan komputer dengan menggunakan teknik-teknik hexadecimal untuk mengubah teks yang terdapat di dalam game. Contohnya : game Chrono Trigger berbahasa Inggeris dapat diubah menjadi bahasa malaysia. Oleh kerana itu, status Digigumi adalah hacker, namun bukan sebagai perosak.


Akibat yang Ditimbulkan oleh Hacker dan Cracker


Hacker : membuat teknologi internet semakin maju kerana hacker menggunakan kepakarannya dalam bidang komputer untuk melihat, mencari dan memperbaiki kelemahan sistem keselamatan dalam sesebuah sistem komputer ataupun dalam software,hacker membantu administrator untuk memperkuatkan jaringan mereka.bukan memusnahkan.....

Cracker : merosak dan melumpuhkan keseluruhan sistem komputer, sehingga data-data pengguna jaringan rosak, hilang, ataupun berubah.

0 comments:

Post a Comment