Thursday, 21 February 2013

Apa Itu IP (Internet Protocol)


Assalamualaikum semua, telah banyak yang kita pelajari. Tetapi tahukah anda semua, tentang perkara asas, iaitu Ip. Ini bukan lah cerita ipman atau apa, tiada kaitan dengan nama filem atau yang hidup. Sekiranya yang telah tahu apa itu ip pasti terfikir tentang alamat. Ya, betullah apa yang beliau fikirkan.


Perkara Asas

Internet Protocol (IP) adalah satu alamat unik yang digunakan dalam peranti komputer untuk dijadikan sebagai pengenalan diri dan berhubung dengan peranti-peranti yang lain dalam satu jaringan IP.
Sebarang alatan peranti yang dihubungkan dalam satu jaringan perlu mempunyai ID pengenalan unik bagi membezakannya dengan peranti-peranti yang lain. Dalam bahasa mudah adalah seperti kad pengenalan yang ada pada tiap-tiap orang

Alamat IP atau protokol IP ini boleh dianggapkan seperti nama-nama jalan yang disekitarnya menempatkan kawasan perumahan yang masing-masing mempunyai alamat tersendiri. Alamat ini digunakan untuk melakukan proses perhubungan sama ada menerusi surat atau telefon (yang mempunyai nombor telefon tersendiri dan unik).Faham tidak lagi, yang ini lagi mudah untuk difahamkan, kita boleh mengganggap alamat ip adalah seperti alamat rumah kita, sekiranya terdapat alamat rumah, kita baru berurusan dengan orang lain. (kalau tidak faham lagi, anda memang bebal,hu3)

 

Format penomboran IP

Format atau sistem penomboran alamat IP kini masih menggunakan teknik protokol tradisional versi 4 (IPv4). Ianya diterjemahkan dalam bentuk 32bit untuk mewakili setiap alamat IP tersebut. Alamat IP ini mewakili dua pihak iaitu pengguna dan penerima dalam satu jaringan. 

Isu dunia yang bakal kehabisan alamat IP yang belum digunakan, satu versi format penomboran IP telah diperkenalkan iaitu melalui penggunaan protokol internet versi 6 (IPv6).
Satu-satu alamat IP ditulis dalam format perpuluhan (dotted decimal), yang mempunyai 4 set nombor yang dipisahkan setiap satunya bagi mewakili penomboran 8-bit. 

Penomboran 8-bit ini sekiranya diterjemahkan kepada sistem penomboran sekarang mempunyai nilai dari 0 hingga 255.
Contoh alamat IP adalah 192.168.1.1, yang sering digunakan untuk mewakili modem di rumah anda.






Alamat IP untuk versi IPv4 dibahagikan kepada dua segmen atau bahagian: penghantar (host) dan penerima (network). Bahagian penerima (network) menentukan jumlah penghantar/pengguna yang boleh ditempatkan dalam satu-satu jaringan. Bahagian ini boleh dipecahkan kepada sub-jaringan (subnetwork) dan bilangan penerima (host number).

Jaringan kelas A, B, C dan CIDR

Secara tradisionalnya, alamat IP ini dikelaskan kepada tiga: A, B dan C. Penentuan untuk kelas jaringan ini ditentukan pada 3 bit yang pertama iaitu A=000, B=100 dan C=100. Manakala kita sebagai pengguna mengelaskan alamat IP ini menerusi sistem penomboran delapan (8-bit). Disebabkan oleh faktor kekurangan alamat IP yang boleh digunakan, sistem pengelasan ini telah dipanjangkan dengan mewujudkan satu sistem baru yang dinamakan Classless Inter-Domain Routing (CIDR). Sistem ini ternyata lebih efisien dalam menentukan satu-satu identiti untuk satu-satu pengguna.


Alamat IP Public dan Private

Dalam usaha untuk memastikan keaslian dan ketulenan penyerahan dan penentukan alamat IP secara global, setiap alamat IP ini perlu melalui proses pendaftaran dengan pihak Network Information Center (NIC) bagi tujuan mengelakkan berlakunya konflik antara IP. Peranti yang ingin diakses secara terbuka oleh golongan umum perlu menggunakan alamat IP "public" contohnya laman web dan pelayan emel.
Manakala peranti yang tidak memerlukan akses daripada golongan umum boleh mendapatkan alamat IP "private" dan boleh dikenal pasti dalam satu-satu organisasi sahaja. Sebagai contohnya, pencetak yang dikongsi menerusi satu-satu jaringan akan menggunakan alamat IP "private" untuk mengelak berlaku situasi satu dunia mencetak menerusinya.
Pihak NIC telah menyediakan beberapa alamat IP yang telah ditempah khas untuk tujuan kegunaan IP "private". Berikut merupakan alamat IP yang telah dikhaskan untuk tujuan tersebut:



Apa itu alamat IP "loopback"

Loopback IP merupakan alamat IP yang digunakan untuk diakses oleh peranti itu sendiri. Dalam IPv4 telah ditentukan dengan IP 127.0.0.1 dengan menggunakan 255.0.0.0 sebagai nilai subnet mask. Dengan erti lain, IP ini adalah alamat IP virtual, yang tidak menghubungkan dengan mana-mana peranti lain (maknanya peranti tersebut membina jaringannya sendiri dan menggunakan pada dirinya sendiri).
Selalunya IP "loopback" digunakan oleh perisian seperti XAMPP, WAMP yang dipasang pada komputer anda untuk bertindak seolah-olah sebagai pelayan untuk digunakan semasa proses pembinaan sistem atau laman web. Selalunya ianya lebih mesra dikenali sebagai "localhost".
Dengan cara ini, anda boleh menguji sistem perisian tersebut pada jaringan tanpa perlu memasuki atau menghubungkan kepada jaringan yang sebenar menerusi pemasangan Network Interface Card (NIC) dan penyambungan kepada TCP/IP. Anda boleh mengakses jaringan tersebut sama ada menaip alamat pada pelayar internet (browser) sama ada:
  • http://127.0.0.1 atau
  • http://localhost

0 comments:

Post a Comment